Jawatan Kosong Kerajaan 2018 | Pemandu Kenderaan, Gred H11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 3 October 2018

Jawatan Kosong Kerajaan 2018 | Pemandu Kenderaan, Gred H11

Jawatan Kosong Kerajaan 2018

Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar
(KPLB) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal
insan yang berkompetensi, berkelayakan, berwawasan, berfikiran dinamik,
berkomunikasi dengan baik, berkeyakinan diri yang tinggi dan boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi kekosongan jawatan secara perkhidmatan Kontrak seperti yang diterangkan di bawah ini:-

Jawatan : PEMANDU KENDERAAN, GRED H11

SYARAT ASAS LANTIKAN BAGI JAWATAN-JAWATAN YANG DIIKLANKAN:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

c. Lulus lima (5) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan satu (1)mata pelajaran adalah peringkat Kepujian Bahasa Melayu dan selebihnya lulus empat (4) peringkat Lulus pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan setaraf dengannya oleh
kerajaan; dan

d. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


SYARAT DAN KELAYAKAN

Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

Lesen D RM 1,264.15
Lesen E/E1/E2 RM 1,310.30
Lesen F/H RM 1,356.45
Lesen G/I RM 1,402.60

CARA MEMOHON





Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman Web MARA di

http://apps.mara.gov.my/vacancy3/

Pemohon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah melengkapkan borang elektronik di laman web MARA.

Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan sijil-sijil kelayakan yang disahkan dan lain-lain dokumen, Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan Prestasi Tahunan terkini disertakan bersama.

Salinan sijil-sijil kelayakan yang disahkan oleh pegawai kerajaan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi dan hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temuduga.

Hanya permohonan yang dibuat secara online sahaja yang akan diterima.

Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 13 Oktober 2018



2 comments: