Jawatan Kosong Kerajaan 2019 | PEMBANTU PENERANGAN, GRED S19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 16 May 2019

Jawatan Kosong Kerajaan 2019 | PEMBANTU PENERANGAN, GRED S19



JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2019

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam.
Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-

PEMBANTU PENERANGAN, S19

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED S19 :

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    • warganegara Malaysia;
    • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau
      • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tarikh Tutup : 02 JUN 2019 (AHAD)


CARA MEMOHON





Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula.
Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.


Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.


Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah 

memohon secara online melalui 
PORTAL SPA di

Sila klik pautan Borang SPA8i di bawah untuk memohon :

1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp




No comments:

Post a Comment