Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Jururawat Masyarakat, Gred UA19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 23 January 2020

Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Jururawat Masyarakat, Gred UA19

Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :- 

NAMA JABATAN : JABATAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN AM


No. Notis SPANS : 02/2020
Nama Jawatan : Jururawat Masyarakat, Gred UA19
Klasifikasi Perkhidmatan: Perubatan Dan Kesihatan
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Bilangan Kekosongan : Sebelas (11)
Rumah Wargatua Sri Prichard Kinarut (02)
Rumah Wargatua Sandakan (2)
Rumah wargatua Tawau (1)
Taman Didikan Kanak – kanak Kurang Upaya Sri Stella Tawau (1)
Taman Didikan Kanak – kanak Kurang Upaya (Sembulan) (1)
Taman Didikan Kanak – kanak Kurang Upaya Kudat (1)
Taman Didikan Kanak – kanak Kurang Upaya Sandakan (1)
Kompleks Latihan Orang Kurang Upaya Kimanis (Papar) (2)

Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji :Gred U19 : RM1,360.00 – RM4,052.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT LANTIKAN 


(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19 : RM1, 418.12).

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan



CARA MEMOHON





Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman
web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara on line iniada disediakan secara percuma di pejabat :


Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
88811 KOTA KINABALU. 

 Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga. 

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad
pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan
dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA
perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI
kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan
Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah
Menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
6 FEBRUARI 2020 (KHAMIS)






No comments:

Post a Comment