Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred FA29/FA32

Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :- 

NAMA JABATAN : JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI SABAH


No. Notis SPANS : 17/2020
Nama Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred FA29/FA32
Klasifikasi Perkhidmatan: Sistem Maklumat
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

Bilangan Kekosongan : Empat Belas (14)

-Kota Kinabalu (9)
-Sandakan (2)
-Tawau (1)
-Keningau (1)
-Beaufort (1)


Taraf Jawatan :Tetap
Jadual Gaji :  Gred FA29 : RM1,549.00 – RM5,684.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

SYARAT LANTIKAN 


a) (i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau 

(ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,549.00); atau 

(iii) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,855.00); atau 

(iv) Diploma dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred FA29: RM1,929.89). 

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON





Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman
web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat

http://www.jawatan.sabah.gov.my/ 

Kemudahan untuk memohon secara on line iniada disediakan secara percuma di pejabat :


Urus Setia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, 
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
88811 KOTA KINABALU. 

 Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga. 

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad
pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan
dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA
perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI
kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan
Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah
Menganggap pemohonan mereka tidak berjaya.


TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
19 FEBRUARI 2020 (Rabu)



0 Response to "Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred FA29/FA32"

Post a Comment