Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | PEMBANTU PERUBATAN KESIHATAN. GRED U11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 25 March 2020

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | PEMBANTU PERUBATAN KESIHATAN. GRED U11

JAWATAN KOSONG KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Kelayakan SRP/PMR/PT3

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi peluang kerjaya dalam perkhidmatan Awam. Mereka yang mempunyai ciri-ciri : i) Mempunyai Keterampilan Yang Menarik, ii) Mempunyai Semangat Yang Tinggi Bekerja Dalam Kumpulan, iii)Mempunyai Bakat Kepimpinan, iv) Mempunyai Jati Diri Yang Cemerlang, v) Mempunyai Kelayakan / Profesionalisma yang sesuai dengan jawatan:-


PEMBANTU PERUBATAN KESIHATAN

KEKOSONGAN : 407 , SIMPANAN : 1000

  • Syarat Lantikan:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).
    4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • TARIKH TUTUP : 1 APRIL 2020 - JAM 11.59 MALAM (RABU)


    CARA MEMOHON




    Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

    Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.

    Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

    Permohonan secara online di
     LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -


    Sila klik pautan Borang SPA8i di bawah untuk memohon :

    https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp





    Deskripsi Tugas:
    • Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.


    1 comment: