Kerja Kosong Kerajaan 2020 | PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 4 March 2020

Kerja Kosong Kerajaan 2020 | PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19

KERJA KOSONG KERAJAAN 2020

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)


JAKIM mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:


PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19 (CONTRACT OF SERVICE) SEBAGAI PENYELIA KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)


Taraf jawatan : Kontrak (Contract of Service)
Bayaran Gaji : RM1,352.00 Minima
Penempatan : Bahagian Pendidikan, JAKIM (2 kekosongan)

DESKRIPSI TUGAS
Bertanggungjawab kepada Pengarah Bahagian Pendidikan, JAKIM dalam mengurus dan memantau pelaksanaan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di negeri-negeri.

SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Berkelulusan:
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta:
(a) Kepujian dalam salah satu subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Al-Quran & As-
Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah; dan
(b) Lulus dalam subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
[Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00]; atau
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40]; atau
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80]; dan
iv. Memiliki kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat SPM/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan:
4. Berpengalaman sebagai Guru KAFA; dan
5. Menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


CARA MEMOHON




1. Sila kemukakan resume serta salinan sijil melalui pos ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam Putrajaya
No. 23, Jalan Tunku Abdul Rahman
Presint 3, 62100 PUTRAJAYA

2. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon disebelah kiri (atas) sampul surat.

3. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan
aktif.


PERHATIAN

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Tarikh Tutup Permohonan: 10 Mac 2020 (Selasa)


No comments:

Post a Comment