Kerja Kosong Sabah 2020 | Pembantu Eksekutif Kewangan (Kontrak) - Dewan Bahasa Dan Pustaka Sabah

KERJA KOSONG SABAH 2020
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 


Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan seperti yang berikut:



Jawatan: PEMBANTU EKSEKUTIF KEWANGAN (KONTRAK)


Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM2,170.00 – RM2,280.00

1.1 SYARAT LANTIKAN 


Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut: 

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (upah pukal: RM2,170.00) ; atau 

(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (upah pukal: RM2,220.00) ; atau 

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (upah pukal: RM2,220.00) ; atau 

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (upah pukal: RM2,280.00) ; atau 

(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (upah pukal: RM2,280.00) ; dan 

(f) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara Memohon



Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan DBP [Borang PSM:1/2020 (Pindaan Pent.27/99)].





Maklumat skim perkhidmatan dan borang permohonan boleh diperoleh
dengan melayari laman sesawang DBP di  http://lamanweb.dbp.gov.my


Tarikh tutup permohonan pada 22 Mac 2020.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa, 
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)


Keterangan Am:
Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap TIDAK BERJAYA. Segala keputusan dalam urusan ini MUKTAMAD.

0 Response to "Kerja Kosong Sabah 2020 | Pembantu Eksekutif Kewangan (Kontrak) - Dewan Bahasa Dan Pustaka Sabah"

Post a Comment