Kerja Kosong Sabah 2020 | Perancang Bahasa, Gred S41 - Dewan Bahasa Dan Pustaka Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 10 March 2020

Kerja Kosong Sabah 2020 | Perancang Bahasa, Gred S41 - Dewan Bahasa Dan Pustaka Sabah

KERJA KOSONG SABAH 2020
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 


Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan seperti yang berikut:



Jawatan: PERANCANG BAHASA GRED S41


Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM2,078.00 – RM9,544.00

1.1 SYARAT LANTIKAN 


Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut: 


(a) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 


(Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86); dan 


(b) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan. 



1.2 PENINGKATAN SECARA LANTIKAN 


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Perancang Bahasa adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke
jawatan Perancang Bahasa Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan: 



(a) Mempunyai kelayakan di perenggan 1.1(a); atau 

(b) Lulus Peperiksaan Khas; dan 

(c) Had umur pelantikan 

(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 55 atau 56 tahun; atau 


(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 58 tahun; atau 


(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan
paksa 60 tahun.




Cara Memohon



Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan DBP [Borang PSM:1/2020 (Pindaan Pent.27/99)].





Maklumat skim perkhidmatan dan borang permohonan boleh diperoleh
dengan melayari laman sesawang DBP di  http://lamanweb.dbp.gov.my


Tarikh tutup permohonan pada 22 Mac 2020.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa, 
50460 Kuala Lumpur.
(u.p.: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)


Keterangan Am:
Pemohon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap TIDAK BERJAYA. Segala keputusan dalam urusan ini MUKTAMAD.

No comments:

Post a Comment