Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | PENOLONG JURUTERA, GRED JA 29 - ILKKMKK - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 7 July 2020

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | PENOLONG JURUTERA, GRED JA 29 - ILKKMKK

Jawatan Kosong Kerajaan 2020

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KOTA KINABALU


TAWARAN UNTUK MENGISI LANTIKAN SECARA SAMBILAN (PHS) DI ILKKM KOTA KINABALU


1. JAWATAN : 

PENOLONG JURUTERA, GRED JA 29

Kod Jawatan : JA29S
Skim Perkhidmatan : Sambilan
Gaji : Gaji Pokok RM 72.00 sehari


2. Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. warganegara Malaysia;

  2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    1. sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    2. diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

3.CARA MEMOHON





Calon yang berminat boleh memohon dan mengisi Borang KKM.SM.1/99 Pin.1/2001 yang boleh didapati di Pejabat Pengurusan seperti alamat di bawah:

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

KOTA KINABALU
JALAN KOLAM, BUKIT PADANG, 
88300 KOTA KINABALU, SABAH
(U/P: BAHAGIAN PENGURUSAN)

3.2Dokumen sokongan yang perlu disertakan bersama borang permohonan:

3.2.1- sekeping gambar berukuran passport
3.2.2- salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-Sijil Persekolahan/Darjah 6/ UPSR/SRP/PMR/PT3/SPM/STPM/DIPLOMA serta lain-lain dokumen yang telah disahkan benar dari Salinan Asal

3.2.3- Butiran Maklumat Peribadi (RESUME)

3.3 Borang permohonan akan diedarkan di Kaunter Utama, Bahagian Pengurusan bermula pada Hari Selasa (07.07.2020) jam 12.00 tengah hari.

Hanya permohonan yang melepasi ketetapan syarat lantikan dan membawa dokumen asal seperti di para 3.2.2 sahaja akan diutamakan dalam edaran permohonan. Walau bagaimanapun edaran borang adalah tertakluk kepada first come first serve basis.

4. TEMUDUGA

Hanya calon yang terpilih akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 13.07.2020 JAM 12.00 TENGAH HARI



No comments:

Post a Comment