Jawatan Kosong JHEAINS 2020 | Guru Agama - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma, Gred DG29 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 28 August 2020

Jawatan Kosong JHEAINS 2020 | Guru Agama - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma, Gred DG29

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

NAMA JABATAN JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI SABAH

NO NOTIS SPANS 56/2020

Nama Jawatan :
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Lepasan Diploma Gred DG29
(Guru Agama)

Klasifikasi Perkhidmatan : Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan Pelaksana
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)

Bilangan Kekosongan : Seratus Tiga Puluh (135) Jawatan

Tempat Kekosongan :
Sekolah Agama Negeri (SAN) di seluruh Negeri Sabah (135)

Taraf Jawatan Tiga (3) Tetap & Berpencen
Seratus Tiga Puluh dua(132) Sementara

Jadual GajiGred DG29 : RM1,698.00 – RM5,717.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 145.00


SYARAT LANTIKAN
a) 
(i) Diploma dalam bidang perguruan daripada institusi perguruan tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00); atau

(ii) Diploma dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,844.44); atau

(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred DG29: RM1,698.00).

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

c) Memperolehi minimum Lima (5) Kepujian dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk Bahasa Melayu selaras dengan syarat Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG)

d) Lulus dalam Subjek Pendidikan Al-Quran & As Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Bahasa Arab

e) Keutamaan diberikan kepada calon yang seperti berikut:

(i) Calon yang mempunyai Pengalaman dalam bidang pendidikan sekolah agama;
(ii) Boleh bertutur dalam Bahasa Arab; dan
(iii) Boleh menulis dan membaca Jawi serta Penulisan Seni Khat
(iv) Boleh membaca Al-Quran dengan baik dan lancar serta bertarannum

f) Calon-calon yang layak perlu menduduki Ujian Bertulis dan membaca Al-Quran, yang akan dimaklumkan tarikhnya kemudian. Hanya calon yang Berjaya dalam Ujian tersebut sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temuduga

CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 10 SEPTEMBER 2020, (KHAMIS)



No comments:

Post a Comment