Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Pegawai Pertanian, Gred G41 - Jabatan Pertanian Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 28 August 2020

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Pegawai Pertanian, Gred G41 - Jabatan Pertanian Sabah

 KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH 

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

NAMA JABATANJABATAN PERTANIAN SABAH

NO NOTIS SPANS:32/2020

Nama Jawatan 
Pegawai Pertanian Gred G41

Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian
Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Dan Profesional
Bilangan Kekosongan : Empat (4) Jawatan
Tempat Kekosongan Di mana-mana lokasi pejabat/stesen Jabatan Pertanian Sabah
Taraf Jawatan Tetap
Jadual Gaji Gred G41 : RM2,084.000 - RM9,551.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

SYARAT LANTIKAN
a) 
(i) Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang kimia, biokimia, pertanian, hortikultur, bioindustri, bioteknologi, perniagaan tani, pengeluaran makanan, teknologi makanan, agroteknologi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,390.37); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang pertanian atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G41: RM2,492.57)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 

CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 10 SEPTEMBER 2020, (KHAMIS)




No comments:

Post a Comment