Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Pengawas Hutan, Gred G11 - Jabatan Perhutanan Sabah - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 28 August 2020

Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Sabah 2020 | Pengawas Hutan, Gred G11 - Jabatan Perhutanan Sabah

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

NAMA JABATAN JABATAN PERHUTANAN SABAH

NO NOTIS SPANS 44/2020

Nama Jawatan :
Pengawas Hutan Gred G11

Klasifikasi Perkhidmatan: Pertanian
KumpulanPerkhidmatan Pelaksana

Bilangan Kekosongan : Dua puluh dua (22) Jawatan

Tempat Kekosongan :
Pejabat Perhutanan Daerah, Sandakan (6)
Pejabat Perhutanan Daerah, Tongod (3)
Pejabat Perhutanan Daerah, Beluran (2)
Pejabat Perhutanan Daerah, Kota Belud (2)
Pejabat Perhutanan Daerah, Keningau (1)
Pejabat Perhutanan Daerah, Tenom (1)
Pejabat Perhutanan Daerah, Sook (1)
Pejabat MCEE Wilayah, Sandakan(1)
Pejabat MCEE Wilayah, Keningau (1)
Pejabat Perhutanan Daerah, Telupid (1)
Pejabat Perhutanan Daerah,Serudong (1)
Pejabat Perhutanan Daerah, Tawau (2)

Taraf Jawatan Tetap
Jadual Gaji Gred G11 : RM1,200.00 - RM2,977.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

SYARAT LANTIKAN
a) 
(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,246.15); atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Perhutanan
Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau Institut Perhutanan Sabah atau kelayakan setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,292.30)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 10 SEPTEMBER 2020, (KHAMIS)



No comments:

Post a Comment