JAWATAN KOSONG KERAJAAN : JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday 29 November 2020

JAWATAN KOSONG KERAJAAN : JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29

IKLAN PENGAMBILAN SECARA KONTRAK
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

JAWATAN :JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29 

Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha
untuk membuat pengambilan Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) Gred U29 secara
kontrak (Contract of Service)bagi tempoh 6 bulan untuk membantu menangani pandemik
COVID-19..

JAWATAN :JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29 

Gaji : RM1,797.00

Elaun-elaun :
ITKA :RM160.00
ITP :RM300.00
BSH :RM200.00-RM300.00 

B. SYARAT KELAYAKAN
1.Warganegara Malaysia berumur tidak melebihi 55 tahun.

2.Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu.

3.Memiliki Diploma dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan, daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4.Memandangkan pengambilan ini adalah kontrak jangka pendek (6 bulan) sebagai petugas kesihatan bagi membantu dalam menangani wabak COVID19, calon hendaklah mempunyai tahap kesihatan yang baik dan tidak berisiko seperti mengandung, tiada masalah kesihatan kronik seperti penyakit jantung, asma, Chronic Obstructive Airway Disease (COAD), Diabetes Mellitus (DM), Hypertension (HPT) dll., tiada kecacatan mental atau anggota badan dan sebagainya.

5.Sedia menyumbang perkhidmatan di mana-mana fasiliti hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang melibatkan pelbagai kategori pesakit termasuk pesakit COVID-19.

6.Sedia bertugas lebih masa / luar waktu pejabat, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am mengikut keperluan

7. Lulus tapisan panel temuduga dari pihak KKM

CARA MEMOHON 







1. Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan secara atas talian melalui pautan berikut mulai 26 November 2020
 
                                                        https://bit.ly/JTMPKontrakU29 

2. Calon hendaklah memberikan maklumat yang lengkap, tepat dan benar dalam borang permohonan. 

3. Permohonan yang tidak memenuhi syarat ditetapkan, tidak lengkap, tidak benar dan diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. 

4. Hanya calon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan ditemuduga secara atas talian.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2020 jam 5.00 petang

Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup ini tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan pelantikan adalah muktamad dan tiada sebarang rayuan akan dipertimbangkan








No comments:

Post a Comment