Jawatan Kosong Kerajaan Jun 2021 | PEMBANTU TADBIR (KEW) GRED W19 - KKM - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 24 June 2021

Jawatan Kosong Kerajaan Jun 2021 | PEMBANTU TADBIR (KEW) GRED W19 - KKM

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN 

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia  yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di seperti berikut :-

Jabatan : 
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan,Kementerian Kesihatan Malaysia

Nama Jawatan :
PEMBANTU TADBIR (KEW), GRED W19

Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan
KumpulanPerkhidmatan Pelaksana 

Jadual Gaji Gred W19 : RM1,353.00 – RM4,005.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT LANTIKAN

(a) Warganegara Malaysia; 

(b) Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00); atau 

(d) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40); atau 

(e) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

(f) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80); atau 

(g) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80). dan 

(h) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kewangan seperti menyediakan invois, merekod dan mengemaskini daftar terimaan hasil dan cek tak laku, mengemaskini fail invois, menyediakan resit terimaan dan lain-lain berkaitan kewangan.

CARA MEMOHON


Pemohon hendaklah menghantar dokumen – dokumen dibawah ke alamat e-mel

jobvacancy@mda.gov.my

dan nyatakan tajuk/subjek e-mel ”PERMOHONAN JAWATAN (nama jawatan dan gred)”.

a) Resume Calon (beserta gambar berukuran passport);
b) Kad Pengenalan; 
c) Sijil Kelahiran; 
d) Sijil Tamat Persekolahan; 
e) Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 
f) Salinan Diploma/Ijazah berserta transkrip (sekiranya ada); 
g) Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA/ MQA (sekiranya pemohon adalah lepasan IPTS) dan 
h) Lain-lain dokumen sokongan. 

(i) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing, dan disertakan dengan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan kenyataan Perkhidmatan yang terkini. 

(ii) Permohonan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak. (iii) Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
30 Jun 2021 (Rabu) jam 3.00 petang

info: SUMBER






No comments:

Post a Comment