Jawatan Kosong Kerajaan Julai 2021 | PEMANDU KENDERAAN, GRED H11 - UITM SABAH - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 2 July 2021

Jawatan Kosong Kerajaan Julai 2021 | PEMANDU KENDERAAN, GRED H11 - UITM SABAH

 KERJA KOSONG SABAH JULAI 2021

UITM SABAH

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

Jawatan : 
PEMANDU KENDERAAN (H11)

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara malaysia ; dan

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)
(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(ii) Lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggarakan kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

(a) Lesen D : RM1,264.15
(b) Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
(c) Lesen F/H : RM1,356.45
(d) Lesen G/I : RM1,402.60

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang -kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA
yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di


ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah
disahkan;

a) Kad Pengenalan.
b) Sijil Kelahiran.
c) Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf.
d) Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
e) Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

iii) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

iv) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

v) Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

vi) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup
iklan dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Julai 2021 (Isnin)

Borang pemohonan dan salinan sijil lengkap dihantar ke alamat seperti berikut

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu
Sabah

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

Email : rahma221@uitm.edu.my

No. Tel :(088) 513879





No comments:

Post a Comment