Kerja Kosong Sabah Julai 2021 | Tukang SESB - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 1 July 2021

Kerja Kosong Sabah Julai 2021 | Tukang SESB

KERJA KOSONG SABAH JULAI 2021

SABAH ELECTRICITY SDN BHD

Jawatan :
TUKANG


 Maklumat & Syarat Permohonan

  • ·        Warganegara Malaysia;

  • ·        Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;

  • ·        Sihat tubuh badan dan memiliki BMI normal;

  • ·        Tidak rabun warna

  • ·        Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM);

  • ·    Memiliki perakuan kekompetenan Suruhanjaya Tenaga sekurang-kurangnya Penjaga Jentera Elektrik Kategori A1;

  • ·        Boleh bekerja secara berpasukan;

  • ·        Calon yang mempunyai kemahiran asas komputer adalah satu kelebihan;

  • ·        Calon hendaklah bersedia ditempatkan atau dipindahkan di mana-mana lokasi/daerah



Status : KONTRAK
Tarikh Tutup : 2.7.2021

Bidang Tugas
Perancangan & Projek
  • ·        Membantu penyeliaan pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur elektrik di tapak kerja;

  • ·        Membuat kerja-kerja cantuman kabel (cable jointing) dan tamatan kabel (cable termination);

  • ·        Membuat persediaan material untuk pelaksaaan projek;

  • ·        Membantu membuat Anggaran Kerja Modal (AKM);

  • ·        Mengemaskini dokumentasi projek;

Kendalian & Senggaraan
  • ·        Memulihkan gangguan bekalan elektrik;

  • ·        Melaksana kerja-kerja pembaikan (rectification) keatas kejanggalan (defect) pada pepasangan elektrik di Rangkaian Pembahagian;

  • ·        Menjalankan kerja-kerja senggaraan rutin/pencegahan ke atas pepasangan elektrik di Rangkaian Pembahagian;

  • ·      Melaksanakan kerja-kerja pembersihan rentis talian atas dan pencawang di Rangkaian Pembahagian;

  • ·        Melaksana aktiviti Condition Based Maintenance melibatkan pepasangan elektrik di Rangkaian Pembahagian;

  • ·        Mengemaskini dokumentasi melibatkan kerja-kerja senggaraan (harian/mingguan/bulanan);

  • ·        Membantu penyeliaan kerja-kerja kontraktor;

Perjangkaan & Servis
  • ·        Mengambil tindakan ke atas  laporan kejanggalan dan aduan pengguna dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;

  • ·        Melaksanakan aktiviti penukaran meter usang; 

  • · Membuat Routine Meter Inspection bagi pengguna biasa (Ordinary Power Consumer) dan membuat Mid Month Reading bagi Pengguna Kuasa Besar (Large Power Consumer);

  • ·        Membuat pemasangan meter dan talian perkhidmatan (serviceline) bagi pengguna baru;

  • ·        Membuat bacaan beban (load reading); 

  • ·        Membantu penyeliaan kerja-kerja kontraktor

Pemotong Bekalan
  • ·        Menjalankan tindakan pemotongan bekalan elektrik berdasarkan arahan;

  • ·        Merekod aktiviti pemotongan/penyambungan harian dalam fail log peribadi;

  • ·        Mengemaskini maklumbalas tindakan yang telah diambil dalam senarai arahan pemotongan yang diterima;

  • ·        Membuat penyambungan semula bagi pengguna yang telah membuat pembayaran;

  • ·        Menyertai operasi pemotongan bekalan yang dibuat secara besar-besaran/bersepadu;

  • ·        Menghantar notis akaun kerajaan setiap bulan tanpa gagal

CARA MEMOHON

Anda perlu berdaftar sebagai pemohon di dalam sistem eRecruit sekiranya anda ingin memohon kekosongan jawatan yang diiklankan. 


 Sekiranya anda merupakan pemohon yang telah berdaftar, sila Log Masuk ke dalam sistem. 

 Pemohon adalah di nasihatkan untuk membuat semakan status permohonan dari semasa ke semasa selepas tarikh tutup iklan. 

Pemohon yang disenarai pendek untuk proses temuduga akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan. Berdasarkan Kod Tataamalan Perlindungan Data Peribadi untuk Sektor Ultiliti (Elektrik), sila maklum bahawa semua data peribadi pemohon yang direkodkan dalam sistem eRecruit hanya akan disimpan selama 24 bulan dari tarikh akaun diwujudkan. Selepas tempoh tersebut, akaun pemohon akan dilupuskan mengikut jadual pelupusan data peribadi. 

Pemohon yang masih berminat adalah dinasihatkan untuk membuat pendaftaran semula seperti mana proses pendaftaran kali pertama dibuat. 

 Jika memerlukan sebarang bantuan, sila hubungi Pentadbir sistem eRecruit melalui e-mel: 

erecruit@sesb.com.my 

atau hubungi mereka di talian tetap 

088-282 288/088-282 714/088-282221



No comments:

Post a Comment