Jawatan Kosong Kerajaan Julai 2021 | PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN, KP29 - UITM SABAH - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 2 July 2021

Jawatan Kosong Kerajaan Julai 2021 | PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN, KP29 - UITM SABAH

 KERJA KOSONG SABAH JULAI 2021

UITM SABAH

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu.

Jawatan : 
PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN, KP29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Warganegara malaysia ; dan

(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c)

(i)
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau

(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau Kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau

(iii) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang -kurangnya berpangkat sarjan atau yang
setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00); atau

(iv) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,770.95); dan

(d) Dan memenuhi syarat – syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

(iii) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

(iv) Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)

(v) Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata);

(vi) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

(vii) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1c(i) dan 1c(ii) dan 1c(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Keselamatan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)
(i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); dan

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Had umur pelantikan :
(i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau

(ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun ; atau

(iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. 

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di
ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah
disahkan;

a) Kad Pengenalan.
b) Sijil Kelahiran.
c) Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf.
d) Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
e) Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

iii) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

iv) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

v) Borang permohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

vi) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup
iklan dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Julai 2021 (Isnin)

Borang pemohonan dan salinan sijil lengkap dihantar ke alamat seperti berikut

Unit Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pentadbiran
Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah
Beg Berkunci 71
88997 Kota Kinabalu
Sabah

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

Email : rahma221@uitm.edu.my

No. Tel :(088) 513879






1 comment: