Jawatan Kosong Kerajaan Ogos 2021 | PENOLONG PEGAWAI METEOROLOGI, GRED C29 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 5 August 2021

Jawatan Kosong Kerajaan Ogos 2021 | PENOLONG PEGAWAI METEOROLOGI, GRED C29

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2021

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
(KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR)

Kelayakan Diploma

PENOLONG PEGAWAI METEOROLOGI, GRED C29



KEKOSONGAN
PENOLONG PEGAWAI METEOROLOGI, GRED C29
(KEJURUTERAAN MEKANIKAL)
Kekosongan : 14 ; Simpanan : 50

PENOLONG PEGAWAI METEOROLOGI, GRED C29
(SAINS KOMPUTER)
Kekosongan : 6 ; Simpanan : 50


SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
 
 (a)Warganegara Malaysia; dan 
 (b)Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 
 
(c)
  1. sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau

  2. diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik (perhubungan atau kuasa), elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12); atau

  3. diploma dalam bidang sains komputer atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,858.12).

  4. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
    (Gaji Permulaan pada Gred C29 : RM1,505.00); atau



  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

    Keperluan Bidang Ditetapkan oleh Jabatan
    (a) Kejuruteraan Mekanikal ; atau
    (b) Sains Komputer

  • Keperluan Tambahan
    Hanya Calon yang telah memperoleh kelayakan / kelulusan sijil / diploma yang telah diiktiraf oleh senat universiti / Jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

CARA MEMOHON


Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

Permohonan secara online di
– LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

Tarikh Tutup Iklan : 12 OGOS 2021 (KHAMIS) jam 11.59 malam
Sila klik pautan Borang SPA9i di bawah untuk memohon :




Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.



No comments:

Post a Comment