Jawatan Kosong Kerajaan 2022 | JURUTEKNIK KOMPUTER, GRED FT 19 - MAMPU - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 21 January 2022

Jawatan Kosong Kerajaan 2022 | JURUTEKNIK KOMPUTER, GRED FT 19 - MAMPU

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2022

UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN 
(MAMPU)

Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

JURUTEKNIK KOMPUTER, GRED FT19

KEKOSONGAN
JURUTEKNIK KOMPUTER, GRED FT19
Kekosongan : 322 ; Simpanan : 65

Kekosongan di Sabah, Sarawak & Semenanjung

SYARAT LANTIKAN
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
 
 (a)Warganegara Malaysia; dan 
 (b)Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

 
 
(c)
  1. Memiliki Kepujian  (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; dan
  2. SVM dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan; 
    atau
  3. SPM serta Sijil Kemahiran Malayswia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
    atau
  4. SPM serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  • Bidang Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
    i.  Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
    ii. Multimedia Kreatif (Animasi)
    iii. Rekabentuk Grafik Industri
    iv. Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web

    Bidang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
    i.  Pembantu Juruteknik Sistem Komputer

    Bidang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
    i.   Operasi Sistem Komputer
    ii.  Perkhidmatan Rangkaian Komputer
    iii. Juruteknik Sistem Komputer


    Deskripsi Tugas
    Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.

    Nota Tambahan
  • Pemohon dengan kelayakan SVM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SVM”.
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

CARA MEMOHON


Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

Permohonan secara online di
– LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

Tarikh Tutup Iklan : 30 JANUARI 2022 (AHAD) jam 11.59 malam
Sila klik pautan Borang SPA9i di bawah untuk memohon :




Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.



No comments:

Post a Comment