Jawatan Kosong Kerajaan Di Sabah | Pegawai Bomba Bantuan - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 6 January 2022

Jawatan Kosong Kerajaan Di Sabah | Pegawai Bomba Bantuan

 KERJA KOSONG SABAH 2022
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH
IKLAN MENYERTAI PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut : –

Jawatan 
PEGAWAI BOMBA BANTUAN

Kekosongan Balai :

Zon Kudat
i- BBP Kudat
ii- BBP Kota Belud
iii- BBP Ranau

Zon Sandakan
i- BBP Kinabatangan

Zon Beaufort
i- BBP Beaufort
ii- BBP Kuala Penyu
iii- BBP Kimanis

Elaun 
Elaun Pegawai Bomba Bantuan untuk jawatan diperlukan
- Pegawai Bomba Bantuan : RM 8.00/jam

Syarat Lantikan
Calon-calon lantikan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;

(b) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;

(d) Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;

(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti

-Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa sepatu;

-Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

-Mempunyai penglihatan yang baik;

-Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

-Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar

(f)  Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari masa ke semasa
 
(g) Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5km daripada balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai

Notis kebenaran daripada kebajikan

Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan –Borang PBB 4 (Borang boleh diambil daripada Balai Bomba yang terdekat seperti di atas)



CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat teretera di atas atau melalui laman web Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

BORANG PBB 3

(sila cetak (print) borang PBB 3 tersebut)

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan :

i)   Sekeping gambar terbaru berukuran passport;
ii)  Noti Kebenarana daripada Majikan;
iii)  Salinan Kad Pengenalan;
iv) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Kelulusan serta dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan

Alamat Permohonan dan Tarikh Tutup

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada :-

IBU PEJABAT 
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH
JALAN LINTAS, LIKAS
BEG BERKUNCI 30
88990 KOTA KINABALU, SABAH
(U.P : BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 
12 JANUARI 2022





1 comment:

  1. macam sy bekas anggota tentera yg berkhidmat selama 18 tahun masih boleh memohon pegawai bomba bantuan masih berkelayakan ke??

    ReplyDelete