Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2022 | PEMBANTU AWAM, GRED H11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 27 April 2022

Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2022 | PEMBANTU AWAM, GRED H11

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2022
JABATAN PERTANIAN SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

Nama Jawatan :
peMBANTU awam, gred h11

Bilangan Kekosongan : 20
Tempat Kekosongan : KOTA KINABALU
Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED H11 : RM1,218.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00


SYARAT LANTIKAN :
(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,218.00)

(Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehanberenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot,calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitandaripada Jabatan Laut Malaysia).

(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,264.15).

DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkatPentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja;


CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
12 MEI 2022, jam 11.59 malam





https://espans.sabah.gov.my/login/awam.php

No comments:

Post a Comment