Kerja Kosong Kerajaan Sabah Februari 2023 | PEGAWAI PENERANGAN (KECERGASAN/AKTIVITI FIZIKAL) GRED S41 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 2 February 2023

Kerja Kosong Kerajaan Sabah Februari 2023 | PEGAWAI PENERANGAN (KECERGASAN/AKTIVITI FIZIKAL) GRED S41

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2023
PEJABAT KESIHATAN KAWASAN LAHAD DATU

Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di bawah inisiatif Short-Term Employment Programme (MyStep) tahun 2023 :-

Nama Jawatan :
peGAWAI PENERANGAN (KECERGASAN/AKTIVITI FIZIKAL)
gred S41

Syarat Kelayakan :
IJAZAH SARJANA MUDA DALAM JURUSAN SAINS SUKAN / KESIHATAN / KECERGASAN / PENGURUSAN SUKAN DAN REKREASI DAN YANG BERKAITAN
Bilangan Kekosongan 
:
SATU (1)
Status Jawatan :
PERSONEL MYSTEP (KONTRAK - SEHINGGA 31 DISEMBER 2023)
Tempat Kekosongan :
UNIT PROMOSI KESIHATAN, PEJABAT KESIHATAN KAWASAN, PETI SURAT NO. 61167, 91120 LAHAD DATU
Gaji :
RM2,100.00 SEBULAN
Kemudahan :
CUTI REHAT, CUTI SAKIT, CARUMAN KWSP DAN CARUMAN PERKESO


SYARAT KELAYAKAN :


1.  Berumur tidak lebih 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

2. Memiliki sekurang-kurangnya syarat kelayakan di atas yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan yang setaraf dengannya.

3. Memiliki kemahiran dan pengalaman serta mengendalikan aktiviti kelas kecergasan, demonstrasi senaman dan aktiviti rekreasi.

4. Mempunyai perwatakan dan skil seperti kemahiran menulis dan berkomunikasi dengan baik, boleh bekerja dalam kumpulan serta bersedia untuk bekerja di luar kawasan sekiranya diarahkan.

5. Berkebolehan menggunakan sekurang-kurangnya Microsoft Word, Excel dan PowerPoint, berkebolehan menghasilkan suntingan seperti poster / infografik / video serta mahir menggunakan media sosial.

6. Sihat tubuh badan dan mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) unggul, tidak merokok, cergas, ceria serta mahir berinteraksi dengan orang awam.

7. Bersedia menerima tugasan dari semasa ke semasa mengikut keperluan perkhidmatan dan daripada ketua unit.





CARA MEMOHON


a) Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut selewat-lewatnya 8 Februari 2023 (Rabu) :

1. Resume beserta gambar terkini

2. Salinan sijil ijazah dan salinan sijil berkaitan

3. Salinan Kad Pengenalan diri

4. Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 (MySejahtera)

b) Permohonan yang tidak memenuhi syarat dan tidak lengkap akan DITOLAK

c) Sila emelkan permohonan dan muatnaik dokumen di atas ke alamat promosipkkld@gmail.com dengan tajuk emel : PERMOHONAN MYSTEP.

HANYA CALON YANG LAYAK DIPANGGIL UNTUK SESI TEMUDUGA


d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan jawatan hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

e) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi no. talian pejabat : 089 - 882 178 / 089 - 885 110 atau emelkan kepada promosipkkld@gmail.com


TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
8 FEBRUARI 2023







v

No comments:

Post a Comment