Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah November 2023 | OPERATOR WAYARLES GRED N19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday 29 October 2023

Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah November 2023 | OPERATOR WAYARLES GRED N19

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah (salah seorang ibu atau bapa, Warganegara Malaysia yang lahir di Sabah) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

NAMA JABATAN JABATAN PELABUHAN DAN DERMAGA SABAH

NO NOTIS SPANS : 16/2023

Nama Jawatan :
OPERATOR WAYARLES GRED N19

Klasifikasi Perkhidmatan: PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

KumpulanPerkhidmatan PELAKSANA

Bilangan Kekosongan : LAPAN (8) JAWATAN

Tempat Kekosongan :
KOTA KINABALU (3)
SANDAKAN (1)
TAWAU (2) 
LAHAD DATU  (1)
KUDAT (1)

Taraf Jawatan TETAP

Jadual Gaji Gred N19: RM1,352.00 – RM4,003.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT LANTIKAN

(a) Memiliki kelayakan berikut:

   (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Lulus dalam subjek Bahasa Inggeris pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

   (ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

   (iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).


(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(c) Bagi calon yang memiliki peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah memiliki lulus enam (6) mata pelajaran dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan.

(d) Bagi calon yang memiliki peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) termasuk subjek Bahasa Melayu dan selebihnya peringkat Lulus (sekurang-kurangnya Gred E) dalam satu peperiksaan.



DISKRIPSI TUGAS

1. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengendalian rangkaian komunikasi melalui alat perhubungan High Frequency Radio (HF), Very High Frequency Radio (VFH), Radio Global Distress and Maritime Safety System (GDMSS) berdasarkan piawaian International Maritime Organization (IMO) serta peralatan komunikasi elektronik yang berkaitan.

2. Melaksanakan kawalan lalu lintas kapal-kapal di perairan Pelabuhan dengan berpandukan sistem kawalan  Navi Harbour bagi memastikan keselamatan dan kecekapan navigasi tercapai berdasarkan visi, misi dan objektif jabatan.

3.  Membantu  memberikan khidmat untuk urusan pemaliman wajib bagi membolehkan agensi/jabatan menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

4. Turut berperanan sebagai pusat pengumpulan serta penyebaran maklumat kepada Bahagian Keselamatan Negara (BKN) di JPM, Jabatan Laut, Unit Udara Polis di PDRM, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan, orang awam dan pihak media.







CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

TARIKH PERMOHONAN BERMULA 26 OKTOBER 2023 SEHINGGA 16 NOVEMBER 2023, JAM 11.59 MALAM













No comments:

Post a Comment