Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah November 2023 | JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 3 November 2023

Kerja Kosong Kerajaan Negeri Sabah November 2023 | JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah (salah seorang ibu atau bapa, Warganegara Malaysia yang lahir di Sabah) yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

NAMA JABATAN JABATAN PERKHIDMATAN KEBAJIKAN AM

NO NOTIS SPANS : 19/2023

Nama Jawatan :
JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19

Klasifikasi Perkhidmatan: PERUBATAN DAN KESIHATAN

KumpulanPerkhidmatan PELAKSANA

Bilangan Kekosongan : TIGA (3) JAWATAN

Tempat Kekosongan 
RUMAH WARGA TUA, AIR PANAS TAWAU (1)
RUMAH WARGA TUA, SRI HARAPAN SANDAKAN (1)
RUMAH SINAR PELANGI, LAHAD DATU (1)

Taraf Jawatan TETAP

Jadual Gaji Gred U19: RM1,360.00 – RM4,052.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT LANTIKAN

(a) Memiliki kelayakan berikut:

   (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia.

(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: RM1,418.12)


(b) Bagi Skim Perkhidmatan calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(c) Bagi calon yang memiliki peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah memiliki lulus enam (6) mata pelajaran dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian termasuk subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan.

(d) Bagi calon yang memiliki peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan hendaklah lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan dua (2) daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) termasuk subjek Bahasa Melayu dan selebihnya peringkat Lulus (sekurang-kurangnya Gred E) dalam satu peperiksaan.



DISKRIPSI TUGAS

1. Pengawasan rapi ke atas kesihatan dan kebajikan penghuni institusi.

2. Menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas penghuni-penghuni yang baru dimasukkan dan juga penghuni-penghuni sedia ada pada masa-masa yang ditetapkan.

3. Mengawal dan menyelia ubat-ubatan di bilik rawatan dan menyimpan rekod-rekod perubatan penghuni institusi dan rekod ubat-ubatan.

4. Mengawal dan menyelia, persiapan dan penyajian makanan harian penghuni institusi.

5. Membuat laporan kepada penguasa mengenai jadual hospital penghuni dan rekod penghuni yang uzur dalam institusi.

6. Membawa penghuni-penghuni ke hospital untuk kes rawatan susulan dan kes-kes kecemasan.

7. Membuat lawatan dan laporan ke atas kes-kes permohonan masuk ke institusi kebajikan.








CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir dan kad pengenalan pemohon dan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Pihak Suruhanjaya ini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemohon yang didapati melakukan kesalahan memalsukan dokumen.

TARIKH PERMOHONAN BERMULA 26 OKTOBER 2023 SEHINGGA 16 NOVEMBER 2023, JAM 11.59 MALAM











No comments:

Post a Comment