Jawatan Kosong | Iklan Pengambilan Guru Vokasional [Interim] KPM 2016 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Monday 25 July 2016

Jawatan Kosong | Iklan Pengambilan Guru Vokasional [Interim] KPM 2016


Jawatan Kosong Kerajaan 2016

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Tarikh Tutup
7 Ogos 2016 | 11.59 Malam

IKLAN PENGAMBILAN GURU VOKASIONAL SECARA INTERIM DI KOLEJ-KOLEJ VOKASIONAL KPM TAHUN 2016 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menjadi Guru Vokasional secara interim di Kolej Vokasional KPM Ambilan Tahun 2016 berdasarkan Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Nama Perjawatan:
Guru Vokasional/ Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Interim)
Tempoh Interim: Sehingga dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Akan Mengikuti Latihan Diploma Perguruan Lepas Ijazah (DPLI) secara Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam tempoh yang ditetapkan.

SILA RUJUK SYARAT KELAYAKAN ASAS DI BAWAH

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN 






Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman web
Kementerian Sumber Manusia Malaysia di alamat:

www.jobsmalaysia.gov.my 

Borang tersebut boleh dikemaskini pada bila-bila masa sahaja dan hendaklah dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang.

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS


Calon-calon hendaklah:
2.1 Warganegara Malaysia
2.2 Sihat tubuh badan
2.3 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2016
2.4 Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:

2.4.1 lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional Universiti Awam (UA) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ke atas; atau

2.4.2 lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi memiliki SKM Tahap 3 ke atas; atau

2.4.3 lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional IPTS yang ada kelayakan ikhtisas perguruan tetapi tidak memiliki SKM; atau

2.4.4 lulusan ijazah kejuruteraan/vokasional UA/IPTS yang tiada kelayakan ikhtisas perguruan dan tidak memiliki SKM.

2.5 Bidang yang ditawarkan adalah seperti berikut;
a) Elektrik
b) Elektronik
c) Kimpalan
d) Automotif
e) Pemesinan Industri
f) Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
g) Pembinaan
h) Kejuruteraan Mekanikal
i) Kejuruteraan Awam
j) Pelancongan


2.6 Keutamaan adalah kepada calon yang mempunyai SKM dan pengalaman bekerja di industri dalam bidang berkaitan.

2.7 Pemohon yang memiliki ijazah daripada institusi luar negara atau IPTS tempatan perlu memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan merujuk kepada laman web KPT di alamat http://app.mohe.gov.my/iktiraf/.

2.8 Memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan.

CALON TIDAK LAYAK MEMOHON

-Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti DPLI Mod Latihan Perguruan Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) kelolaan KPM.

-Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan Agensi Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat pelepasan daripada pihak tersebut.

-Calon yang diisytiharkan bankrap.

-Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau latihan.

-Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPGM, KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.

-Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan.

-Calon yang pernah disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

-Calon yang berada dalam senarai peminjam tegar seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain.

~INFO PENUH 

No comments:

Post a Comment