Jawatan Kosong MARA 2016 | Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, E29 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 19 July 2016

Jawatan Kosong MARA 2016 | Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, E29


IKLAN JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2016
MARA (Majlis Amanah Rakyat)

Tarikh Tutup Permohonan 
1 Ogos 2016


Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia dan anggita MARA yang sedang berkhidmat di dalam perkhidmatan tetap, kontrak ataupun sambilan yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti yang dinyatakan di bawah ini :-

Jawatan : Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, Gred E29


  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
        (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
        (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,493.00); atau
      3. Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
        (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,493.00); atau
      4. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred E29 : RM1,770.95);
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
CARA MEMOHON





Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE 

melalui laman web MARA

- www.mara.gov.my-

CARA PELAKSANAAN

Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepad akriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Keutamaan adalah kepada pemegang diploma di dalam bidang Ekonomi, Pentadbiran, Perakaunan, Kewangan, Perbankan, Pelaburan, Perdagangan dan Perniagaan.


PENTING ! SILA BACA IKLAN PENUH (untuk butiran lanjut syarat permohonan)







No comments:

Post a Comment