Jawatan Kosong Kerajaan | Pemandu, Gred H11 - UITM - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 1 November 2017

Jawatan Kosong Kerajaan | Pemandu, Gred H11 - UITM

JAWATAN KOSONG KERAJAAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap/Kontrak di Kampus Shah Alam dan Kampus Cawangan untuk jawatan yang berikut :-

Jawatan : PEMANDU, GRED H11

SYARAT DAN KELAYAKAN:
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:
- Lesen D : RM1,264.15
- Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
- Lesen F/H : RM1,356.45
- Lesen G/I : RM1,402.60

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN


a. Bukan Staf UiTM
i) Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di

http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/

dan membuat permohonan secara dalam talian (“ON-LINE”) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.

ii) Pemohon dikehendaki membeli nombor pin melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 1 November 2017 hingga 15 November 2017 dengan menggunakan nombor kad pengenalan sahaja di kaunter cawangan BSN (RM10.00).

iii) Sila nyatakan ‘Jawatan Pentadbiran’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.

b. Staf UiTM sahaja
Permohonan daripada Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana pelantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (“ON-LINE”) melalui Portal IStaf

-> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari 15 November 2017 (Rabu).

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

BAHAGIAN PENGAMBILAN DAN PENEMPATAN STAF
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
NO.TEL : (03) 5544 3005 / 3007 / 3085 / 3090 / 3093
(03) 5521 1028 / 1314

EMAIL : bpps@salam.uitm.edu.my

No comments:

Post a Comment