Jawatan Kosong | Mobile & Web Test Automation & Test Performance Engineers - KWSP - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 2 November 2017

Jawatan Kosong | Mobile & Web Test Automation & Test Performance Engineers - KWSP

JAWATAN KOSONG
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berkebolehan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) . KWSP mencari calon yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten bagi jawatan berikut:

Jawatan : MOBILE & WEB TEST AUTOMATION & TEST PERFORMANCE ENGINEERS

Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat (IT) atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang setaraf
dengannya oleh Kerajaan seperti Software Engineering;
- Lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia termasuk lulus lisan di peringkat SPM/SPM(V) atau kelulusan yang diiktirf setaraf dengannya oleh kerajaan.
- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam mobile application automation testing.
- Berkebolehan dalam membina rangka kerja bagi mobile application test automation
- Pakar dalam platform programming – .NET (visual basic and java, database-MSQL)
- Mempunyai pengetahuan dalam menggunakan database luaran seperti MS Excel, Access, SQL Server dan lain-lain
- Mempunyai pengetahuan bekerja dalam mobile test automation tools seperti Silk Test dan lain-lain
- Pengetahuan yang baik dalam merancang, merekabentuk, membina, scripting danmelaksanakan Test Cases dan Test Data.
- Pengetahuan umum dalam MS Words, Excel, Powerpoint dan Project.
- Pengetahuan umum dalam penulisan dan pembentangan kertas.

*Bidang pengajian yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon
* Calon-calon yang memiliki pensijilan ITIL (Information Technology Infrastructure Library – is an
integrated set of best-practice lifecycle) atau berpengalaman menggunakan ITIL diberi
keutamaan

Tanggungjawab:
- Bekerjasama dengan Ketua Unit Quality Assurance dalam usaha pelaksanaan automation
testing di kawasan mobile.
- Menilai dan memahami keperluan aplikasi perubahan.
- Memahami fungsi bisnes dan ciri-ciri aplikasi yang lengkap.
- Melaksanakan impact analysis yang diperlukan oleh persekitaran dan test data.
- Menguruskan pelbagai permintaan testing dan memyediakan status testing.
- Menyediakan anggaran usaha testing menggunakan teknik anggaran yang bersesuaian.
- Menghasilkan pelan testing dan jadual testing untuk permintaan test.
- Mengenal pasti, menjejaki, menyelesaikan, dan escalate isu merujuk kepada jadual impact test.
- Bekerjasama dengan pelbagai stakeholder (e.g. Ketua QA, business user, developers dan lain-lain).
- Melaksanakan proses test automation mengikut kaedah yang digunapakai oleh syarikat.
- Menetapkan tahap defects berdasarkan kritikal dan kerumitan bisnes dalam perundingan dengan business user.
- Menyediakan dan menyemak test cases/test scripts.
- Memastikan pelaksanaan test cases mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Memastikan defects dilog dan dikesan mengikut life cycle ujian yang ditetapkan
- Mengambil bahagian dalam mesyuarat penyelesaian defect dengan Pengurus Pasukan dan business users yang melibatkan pelbagai projek.
- Menyediakan laporan test automation.

CARA MEMOHON



Calon yang berminat dikehendaki mengemukakan permohonan dan resume lengkap dengan nombor telefon, kelayakan, pengalaman dan gaji semasa sebelum 10 November 2017. 
Sila nyatakan nama jawatan yang anda mohon. Sila emelkan ke:

recruitment2@epf.gov.my

Semua permohonan adalah SULIT dan hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Permohonan akan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan.


No comments:

Post a Comment