Jawatan Kosong PERKESO | PEGAWAI PERKHIDMATAN PEKERJAAN GRED 19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Monday 20 November 2017

Jawatan Kosong PERKESO | PEGAWAI PERKHIDMATAN PEKERJAAN GRED 19


KERJA KOSONG
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

JAWATAN                                 :  PEGAWAI PERKHIDMATAN PEKERJAAN GRED 19
TARAF JAWATAN                    :    TETAP DAN TIDAK BERPENCEN/ KONTRAK
KUMPULAN PERKHIDMATAN:    EKSEKUTIF
GAJI                                        :     LINGKUNGAN RM2,150.00 – RM7,990.00
KEKOSONGAN                        :     247 KEKOSONGAN (PEJABAT PERKESO SELURUH MALAYSIA)

              KELAYAKAN DAN SYARAT LANTIKAN
 Calon-calon bagi lantikan hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia yang memiliki kelayakan seperti berikut:
  1. Umur calon tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  2. Memiliki Diploma  dan kelulusan dalam bidang Kaunseling Kerjaya  Sumber Manusia (Pasaran Buruh, Perhubungan Industri, Psikologi Industri dan Organisasi, Gelagat Organisasi dan Kaunseling Perindustrian), Kaunseling, Kerja Sosial, Kaunselor Pemulihan, Psikologi Pemulihan Pekerjaan, Pemasaran, Komunikasi atau bidang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan; Atau
  3. Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  4. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  5. Mempunyai kemampuan untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan dinamik dalam aktiviti pencarian pekerjaan serta memberikan sokongan secara personal kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan;
  6. Mempunyai ciri-ciri personaliti yang mesra, mempunyai komitmen yang tinggi, skil  komunikasi yang baik dengan pelbagai pihak dalam membina hubungan yang positif dengan pekerja serta boleh bekerja secara berkesan dalam pasukan;
  7. Mempunyai sifat proaktif dalam membangunkan pengetahuan yang mendalam mengenai pasaran buruh tempatan dalam usaha untuk mendapatkan pekerjaan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan;
  8. Mempunyai pengetahuan dalam menggunakan perkhidmatan secara Digital sebagai kaedah berkesan dalam pencarian (laman web pencarian kerja, e-mel, dokumen memuat naik, media sosial);
  9. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai penguasaan yang baik dalam bahasa Inggeris;
  10. Bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Pejabat PERKESO di seluruh negara.


CARA MEMOHON 


1. Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) melalui Laman Sesawang 

dengan merujuk syarat-syarat iklan yang tertera di atas

2. TARIKH TUTUP IKLAN : 27 NOVEMBER 2017 ( ISNIN )

3. Calon-calon yang disenarai pendek dan layak selepas tapisan akan dihubungi untuk urusan temuduga

4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah mengganggap permohonan mereka tidak berjaya. 






No comments:

Post a Comment