TAWARAN MENYERTAI SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL) 2018 BAGI GRADUAN SISWAZAH DAN DIPLOMA YANG BELUM MENDAPAT PEKERJAAN - SABAH - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Thursday 16 November 2017

TAWARAN MENYERTAI SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL) 2018 BAGI GRADUAN SISWAZAH DAN DIPLOMA YANG BELUM MENDAPAT PEKERJAAN - SABAH

TAWARAN MENYERTAI SKIM SANGKUTAN DAN LATIHAN (SSL) 2018
BAGI GRADUAN SISWAZAH DAN DIPLOMA YANG BELUM MENDAPAT PEKERJAAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan untuk
menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) bagi Graduan Siswazah/Diploma yang belum mendapat pekerjaan
seperti berikut:-

(i) Graduan Siswazah

No. Notis : JPAN Bil.(I)10/2017
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Kerajaan Negeri Sabah
Elaun : RM1000.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*

(ii) Diploma
No. Notis : JPAN Bil. (D)8/2017
Penempatan : Pelbagai Kementerian/Jabatan
Kerajaan Negeri Sabah
Elaun : RM800.00 Sebulan
Tempoh Latihan : Lapan (8) bulan
* Tertakluk kepada prestasi semasa*

2. SYARAT KEMASUKAN
Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia (yang mana ibu dan bapa berasal dari Sabah);

(b) Graduan dan pemegang Diploma yang belum mendapat pekerjaan;

(c) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Bagi Graduan Siswazah)

(d) Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Bagi pemegang Diploma)dan

(e) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya serta Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON




3.1 Permohonan hendaklah dibuat melalui laman web

http://appjpan.sabah.gov.my/ssl/

3.2 Permohonan yang diterima daripada calon-calon yang tidak memiliki kelayakan yang disyaratkan tidak akan dilayan dan ditolak.
3.3 Pemohon yang tidak mengisi maklumat dengan jelas dan lengkap dalam semua ruang yang disediakan tidak akan dipertimbangkan.

3.4 Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 31 Disember 2017,
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3.5 Pihak Kerajaan Negeri tidak terikat untuk memberi pekerjaan tetap atau sementara kepada para peserta skim selepas menamatkan latihan.

3.6 Tarikh tutup permohonan adalah : 08 Disember 2017

3.7 Keputusan pemilihan calon SSL adalah muktamad.




No comments:

Post a Comment