Jawatan Kosong Di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - Januari 2018 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday 14 January 2018

Jawatan Kosong Di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - Januari 2018

Kerja Kosong Kerajaan 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan bagi jawatan bertaraf Tetap seperti berikut :

Kelayakan Ijazah Sarjana Muda
1) Pegawai Ehwal Ekonomi (E41)
2) Jurutera (J41)
3) Pegawai Teknologi Maklumat (F41)
4) Akauntan (WA41)

Kelayakan STPM / DIPLOMA
5) Penolong Pegawai Tadbir (N29)
6) Setiausaha Pejabat (N29)
7) Penolong Juruaudit (W29)

Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia
8) Pembantu Ehwal Ekonomi (E19)
9) Pembantu Tadbir (P/O) (N19)
10) Pembantu Akauntan (W19)
11) Pembantu Juruaudit (W19)
12) Juruteknik Komputer (FT19)
13) Penjaga Jentera Elektrik (J19)

Penetapan gaji permulaan : 
Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon.

SYARAT-SYARAT UMUM :

Umur :
Calon-calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

Keperluan Bahasa :
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penempatan :
Ibu Pejabat FAMA / Pejabat FAMA Negeri / Pejabat FAMA Daerah / Pusat Operasi FAMA seluruh Malaysia.

Tempoh Percubaan :
Di antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Syarat Secara Lantikan hendaklah :
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi ppegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Permohonan :




(i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online sahaja. Sila klik link dibawah untuk mengisi permohonan online.

SILA ISI PERMOHONAN ONLINE - FAMA

(ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil (hard copy) sehingga dihubungi oleh pihak Lembaga.

(iii) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ENAM (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

(iv) Tarikh tutup iklan jawatan pada 22 JANUARI 2018.

Pertanyaan/Helpdesk :

Sebarang permasalahan/pertanyaaan, sila hubungi Unit Pelantikan, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia ditalian :

Encik Azmirmuzaffar bin Ahmad : 03-61262020 Samb. : 2206
Puan Siti Fareza binti Sutiman : 03-61262020 Samb. : 2323
Puan Nuriqtiyani binti Othman : 03-61262020 Samb. : 2338
Puan Norain binti Abdul Wadud : 03-61262020 Samb. : 2030

Atau emailkan PERTANYAAN kepada permohonan@fama.gov.my disertakan Nama Penuh dan No.Kad Pengenalan anda.



No comments:

Post a Comment