Pengambilan Guru Interim Di Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Di Sabah Tahun 2018 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday 7 January 2018

Pengambilan Guru Interim Di Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Di Sabah Tahun 2018

IKLAN PENGAMBILAN GURU INTERIM
DI SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH NEGERI SABAH
BAGI TAHUN 2018 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Kementerian Pendidikan Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengisi jawatan Guru Interim di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Negeri Sabah bagi tahun 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kalangan gradfuan pasaran terbuka.

Nama Jawatan : Guru  Interim

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Warganegara Malaysia berasal dari Sabah
Berumur tidak melebihi 32 tahun pada 01 Februari 2018
Memiliki Kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
Memiliki kelulusan kredit Bahasa Melayu dan lulus Ujian Lisan Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Lulus dalam Ujian Psikometrik yang akan dilaksanakan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)


MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan/Gred : Guru Interim DC 41
Bayaran Upahan : Elaun Bulanan Sebanyak RM2,149.03 (Ijazah Kepujian) atau RM1,944.62 (Ijazah Am)
Elaun/ Insentif lain : Berdasarkan kelayakan dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa.


Senarai BidangPengkhususan Guru Interim di JPN Sabah
Pengajian Islam/ Bahasa Arab
Bahasa Melayu/ Kesusasteraan
Sejarah
Geografi
Pendidikan awal Kanak-kanak/ Prasekolah
Teknologi Maklumat/ Pengaturcaraan Komputer
Pendidikan Moral
TESL/ Bahasa Inggeris
Prinsip Akaun
Pendidikan Khas

Maklumat Tambahan
Pemohon yang ditawarkan jawatan Guru Interim hendaklah :
-Bersetuju dan patuh kepada syarat-syarat penrjanjian intertim serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.
-Bersetuju ditempatkan di seluruh negeri Sabah.
-Dikehendaki berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di sekolah yang ditetapkan.
-Bagi yang belum memiliki iktisas pendidikan dikhendaki mengikuti Kursus Dalam Cuti KDC dengan Pembiayaan Sendiri di Institusi Pendidikan yang ditetapkan.


Calon Tidak Layak Memohon

-Diisytiharkan muflis atau pernah disabitkan kesalahan penyalahguaan dadan dan kesalahan jenayah.
-Pernah mengikuti program iktisas KPM tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
-Pernah meletakkan jawatan dalam perkhidamatan kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PPP DG41.


Cara Mengemukakan Permohonan Guru Interim Negeri Sabah

Hantarkan Resume beserta salinan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan ke alamat berikut :





a) Bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab

Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Tingkat 5, Rumah Persekutuan,
Jalan Mat Salleh,
88604 Kota Kinabalu Sabah.


b) Bidang-bidang lain

Sektor Pengurusan Sekolah,
Aras 2, Wisma Jabatan Pendidikan,
Jalan Punai Tanah, Likas, 88450 Kota Kinabalu Sabah
.


Resume berserta gambar ukuran passport dan dokumen 
hendaklah sampai sebelum atau pada 12 Januari 2018 (Jumaat)

Sebarang kelewatan tidak akan dilayan




No comments:

Post a Comment