PERMOHONAN ONLINE - Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah | Pegawai Tadbir, Gred N41 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 11 April 2018

PERMOHONAN ONLINE - Kekosongan Jawatan Kerajaan Negeri Sabah | Pegawai Tadbir, Gred N41

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :

Jawatan : PEGAWAI TADBIR, GRED N41

Bilangan Kekosongan : 36 Kekosongan

Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional

Tempat Kekosongan : Pelbagai Kementerian dan Jabatan Kerajaan Negeri

Taraf Jawatan : Sementara

Jadual Gaji : Gred N41 RM2,080.00 - RM9,546.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00


SYARAT LANTIKAN 

a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00) ; atau 

b) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. 
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43). 

dan 

c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang - kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENETAPAN KRITERIA

a) Fasih berbahasa English dan Bahasa Malaysia termasuk lisan dan tulisan;

b) Aktif dalam aktiviti Ko-Kurikulum dan Kesukarelaan (NGO) ;

c) Sepuluh (10) orang daripada Bidang Ekonomi, Sepuluh (10) orang daripada Bidang Kewangan dan Enam Belas (16) orang daripada pelbagai bidang

CARA MEMOHON



Permohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat




Kemudahan untuk memohon secara online ini ada disediakan secara percuma di pejabat :

Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Tingkat 3, Blok B, Wisma MUIS
Peti Surat 10998 88811 KOTA KINABALU

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - sijil Asal (Sijil Kelahiran / Kad Pengenalan pemohon / Kad Pengenalan kedua ibubapa [Sijil Mati jika berkaitan] / Sijil-sijil Akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan) dan disyaratkan dalam iklan ini perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas empat bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan adalah tidak lewat atau pada 24 April 2018 






No comments:

Post a Comment