Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 - Pelbagai Bidang & Subjek - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 17 January 2020

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 - Pelbagai Bidang & Subjek

JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2020

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Individu-individu yang memiliki ciri-ciri tersebut adalah dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusiinstitusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.


PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41



BIDANG DAN SUBJEK
 Bahasa Melayu
 Bahasa Inggeris
 Bimbingan & Kaunseling
 Biologi
 Fizik
 Kimia
 Matematik
 Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
 Pendidikan Islam
 Perakaunan
 Sains Komputer
 Pendidikan Seni / Seni Visual
 Logistik
 Ekonomi
 Pengurusan Perniagaan
 Seni Reka Grafik
 Komputer Multimedia & Animasi 


SYARAT DAN KELAYAKAN

-Warganegara Malaysia;

-Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Berkelayakan
 i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,188.00] atau 


ii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau 

iii. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,391.94] atau 

iv. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 2,902.98] atau 

v. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred Gaji DG41: RM 3,209.60] 

c. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; 

d. Kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik atau satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris; 

e. Guru Pendidikan Islam (Tahfiz), hendaklah mempunyai kelayakan Sijil Hafazan dari Institut Pendidikan Islam/Sekolah/Maktab yang diiktiraf;

SYARAT LANTIKAN UTAMA:

f. Sihat Fizikal dan Mental; 


g. Aktif dalam kegiatan kokurikulum; 

h. Memiliki pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan diajar dan sahsiah keguruan yang tinggi (memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon); 

i. Mempunyai bakat istimewa seperti kebolehan bermain alat muzik, reka cipta (inovasi), kemahiran bahasa asing dan lain – lain; 

j. Bebas dari tindakan disiplin atau salah laku jenayah; 

k. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 

l. Pemohon hendaklah memohon jawatan ini berdasarkan kelayakan Ijazah dalam bidang pengkhususan yang tepat dengan subjek yang di pohon; 

m. Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang berkaitan tanpa Pendidikan atau tidak mempunyai Diploma Pendidikan juga boleh memohon.

CARA MEMOHON





i. Permohonan hendaklah dibuat dengan secara online yang boleh dilayari melalui laman website MARA www.mara.gov.my


PERMOHONAN ONLINE (DISINI)


Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu: www2.mqa.gov.my/esisraf dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa sesi penilaian.

Hanya permohonan yang dibuat secara online melalui laman website MARA sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak. 

Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 26 Januari 2020

KAEDAH PELAKSANAAN:


i. Permohonan yang memenuhi dan menepati syarat lantikan skim sahaja akan diproses ;

ii. Setiap permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria – kriteria yang telah ditetapkan, mengikut kelayakan pengkhususan ijazah yang tepat dengan bidang/subjek mengajar yang dipohon.

iii. Permohonan yang berjaya sahaja akan melalui proses penilaian dan pemilihan (MARA Assessment Centre).

iv. Calon yang berjaya akan menerima pesanan ringkas SMS dan perlu menyemak laman web MARA dari semasa ke semasa bagi mengetahui status permohonan yang berjaya.

v. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ini di keluarkan hendaklah menganggap permohonan adalah tidak berjaya.





No comments:

Post a Comment