Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Gred DV29 - Pelbagai Bidang - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 17 January 2020

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Gred DV29 - Pelbagai Bidang

JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2020

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar

Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki
kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Individu-individu yang memiliki
ciri-ciri tersebut adalah dipelawa untuk menyertai perkhidmatan MARA seluruh Malaysia.

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL
GRED DV29



SYARAT DAN KELAYAKAN

-Warganegara Malaysia;

-Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Berkelayakan
1. 

i. Sijil teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 : RM1,549.00); atau 

ii. Sijil kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 : RM1,549.00); atau 

iii. Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 : RM1,624.20); atau 

iv. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 : RM1,699.40); atau 

v. Diploma teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 : RM1,784.80); atau 

vi. Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 : RM1,860.00).

Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1. hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19 atau DV21/22 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV30 yang kosong apabila telah :
i. Disahkan dalam perkhidmatan;
ii.
a. Mempunyai kelayakan di perenggan 1.; atau
b. Lulus peperiksaan kenaikan pangkat;

iii. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

iv. Memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
v. Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.

CARA MEMOHON




i. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja. 


ii. Permohonan hendaklah dibuat dengan secara online yang boleh dilayari melalui laman website MARA www.mara.gov.my


PERMOHONAN ONLINE (DISINI)


iii. Salinan sijil-sijil kelayakan yang disahkan oleh pegawai kerajaan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi dan hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.

iv. Hanya permohonan yang dibuat secara online melalui laman website MARA sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak. 

v. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 26 Januari 2020

KAEDAH PELAKSANAAN:


i. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Bagi jawatanjawatan yang menetapkan kelayakan ijazah dan diploma, keutamaan adalah kepada pemohon yang berpengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama dua (2) tahun.


ii. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. 

iii. Pemohon yang mempunyai diploma dan ijazah sarjana muda hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa menghadiri temu duga nanti. 

iv. Pemohon yang berjaya dalam temu duga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya. 

v. Salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil kelulusan yang disahkan oleh pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi (RESUME) hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.


No comments:

Post a Comment