Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | PENOLONG JURUTERA GRED JA 29 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Friday 17 January 2020

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | PENOLONG JURUTERA GRED JA 29

JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2020

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar

Bandar (KPLB), memerlukan warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, memiliki
kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited. Individu-individu yang memiliki
ciri-ciri tersebut adalah dipelawa untuk menyertai perkhidmatan MARA seluruh Malaysia.

PENOLONG JURUTERA GRED JA 29



SYARAT DAN KELAYAKAN

-Warganegara Malaysia;

-Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
Berkelayakan
  

i. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau

ii. Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29 : RM1,935.02).

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penguasa Bekalan Air, Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :


 i. a. Mempunyai kelayakan di perenggan KELAYAKAN DI ATAS ; atau 
b. Lulus Peperiksaan Khas; dan ii. 

Had umur pelantikan : 
a. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau 
b. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau 
c. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.  

CARA MEMOHON




i. Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon satu (1) jawatan sahaja. 


ii. Permohonan hendaklah dibuat dengan secara online yang boleh dilayari melalui laman website MARA www.mara.gov.my


PERMOHONAN ONLINE (DISINI)


iii. Salinan sijil-sijil kelayakan yang disahkan oleh pegawai kerajaan dari kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi dan hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.

iv. Hanya permohonan yang dibuat secara online melalui laman website MARA sahaja yang akan diterima. Permohonan yang lewat diterima atau tidak mematuhi peraturan yang dinyatakan akan ditolak. 

v. Tarikh tutup permohonan iklan jawatan ini ialah pada 26 Januari 2020

KAEDAH PELAKSANAAN:


i. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan. Bagi jawatanjawatan yang menetapkan kelayakan ijazah dan diploma, keutamaan adalah kepada pemohon yang berpengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama dua (2) tahun.


ii. Pemohon yang melepasi saringan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga. 

iii. Pemohon yang mempunyai diploma dan ijazah sarjana muda hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa menghadiri temu duga nanti. 

iv. Pemohon yang berjaya dalam temu duga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya. 

v. Salinan kad pengenalan, surat beranak dan sijil-sijil kelulusan yang disahkan oleh pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan lain-lain keterangan peribadi (RESUME) hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri temu duga.

1 comment:

  1. Sports Betting - Mapyro
    Bet the moneyline from 1:25 PM to 11:00 PM. www.jtmhub.com See more. MapYO งานออนไลน์ Sportsbook https://deccasino.com/review/merit-casino/ features live odds, live streaming, 출장안마 and detailed information. https://febcasino.com/review/merit-casino/

    ReplyDelete