KERJA KOSONG SABAH 2020 | PEMBANTU PERIKANAN, GRED G19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 4 March 2020

KERJA KOSONG SABAH 2020 | PEMBANTU PERIKANAN, GRED G19

KERJA KOSONG SABAH 2020

KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN)

(Agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah)

KO-NELAYAN mempelawa pemohonan daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah
yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi
kekosongan jawatan seperti berikut :-

Rujukan Iklan : KONEL(HQ)500-9 (PEMBANTU PERIKANAN)


Jawatan / Gred : PEMBANTU PERIKANAN, GRED G19


Penempatan :
Projek Pengeluaran Benih Ikan Hiasan KO-NELAYAN, Kg. Koiduan,

Papar

Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Taraf Lantikan : Sementara

Gaji : Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred G19
 RM1,357.00 – RM4,008.00

Bidang Tugas :
Bertanggungjawab untuk membantu dalam memastikan 
pengurusan induk ikan hiasan & pengurusan asuhan benih ikan hiasan dan air tawar dalam keadaan teratur dan mencapai kehendak organisasi dan membantu dalam memastikan pengurusan induk ikan hiasan & pengurusan asuhan benih ikan hiasan dan air tawar dalam keadaan terjaga dan bebas dari jangkitan penyakit di Projek Pengeluaran Benih Ikan Hiasan, Kg. Koiduan, Papar.


Keutamaan : Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (Akuakultur) atau Sijil-Sijil

Akuakultur yang berkaitan.

Syarat Kelayakan & Lantikan :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) i. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau

ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00); atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil k
emahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40); atau

iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pad Gred G19: RM1,469.80).
DAN

(b) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MEMOHON


1. Sila dapatkan borang permohonan daripada UNIT SUMBER MANUSIA sepertimana alamat di bawah.
2. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar dengan menyertakan salinan dokumen dan sijil berkaitan YANG TELAH DISAHKAN kepada :-

PENGURUS BESAR,
KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN),
ARAS 4, WISMA PERTANIAN SABAH,
JALAN TASIK (OFF JALAN MAKTAB GAYA) LUYANG,
BEG BERKUNCI 150, 88994 KOTA KINABALU.
(U.P : UNIT SUMBER MANUSIA) NO. TEL : 088-294301/305

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
09 MAC 2020 (HARI ISNIN)

CATATAN AM :

1. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

2. Calon yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup iklan, adalah dianggap tidak berjaya.

3. Sebarang permohonan yang lewat, tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat tidak akan dilayan.

5 comments:

  1. KERJA KOSONG SABAH 2020 PEMBANTU PERIKANAN, GRED G19

    ReplyDelete
  2. Mcm mna nak mntak krja nie

    ReplyDelete
  3. Kerja kosong Sabah 2020 pembantu perikanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila hubungi saya di talian 0135446775

      Delete
  4. KERJA KOSONG SABAH 2020 PEMBANTU PERIKANAN,GRED G19

    ReplyDelete