Kerja Kosong Sabah Jun 2020 | Pembantu Tadbir (KEW) Gred W19 - KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Sunday 14 June 2020

Kerja Kosong Sabah Jun 2020 | Pembantu Tadbir (KEW) Gred W19 - KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN 2020

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
(SABAH & SARAWAK)

Kelayakan SPM /  SKM / SIJILPERDAGANGAN MALAYSIA 

Pembantu Tadbir (KEW) Gred W19

Tarikh Tutup: 21 JUN 2020


Jadual Gaji Minimum - Maksimum : RM1,353.00 – RM4,005.00

1.1 SYARAT LANTIKAN 


Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut: 

(a)
(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau

(ii)    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

(iii)  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

(iv)  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau

(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau


(b) Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

  1. Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  2. Mengurus dan mengawal peruntukan.
  3. Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  4. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
  5. Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.




CARA MEMOHON




Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.
Calon yang telah mendaftar dengan SPA tapi tidak memilih jawatan ini sebelum ini, sila kemaskini pendaftaran anda dengan memilih jawatan ini sekiranya berminat.
Calon baharu yang masih belum mendaftar hendaklah  memohon secara online melalui  PORTAL SPA 

Permohonan secara online di
– LAMAN WEB SPA (www.spa.gov.my) -

Tarikh Tutup Iklan : 21 Jun 2020 (Ahad) jam 11.59 malam

Sila klik pautan Borang SPA8i di bawah untuk memohon :








Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku. Calon-calon juga adalah dimohon untuk mengemaskini pusat temuduga yang terkini.


Kekosongan:35 Simpanan:200


No comments:

Post a Comment