Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2022 | RENJER HUTAN , GRED G19 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 27 April 2022

Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2022 | RENJER HUTAN , GRED G19

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2022
JABATAN PERHUTANAN SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

Nama Jawatan :
RENJER HUTAN , GRED G19

Bilangan Kekosongan : 30
Tempat Kekosongan :
KOTA KINABALU (2)
KUDAT (5)
BEAUFORT (2)
SIPITANG (2)
RANAU (5)
SANDAKAN (3)
TAWAU (4)
LAHAD DATU (6)
SEMPORNA (1)

Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED G19 : RM1,357.00 – RM4,008.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00


SYARAT LANTIKAN :
(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil
Perhutanan Renjer Hutan daripada institut latihan perhutanan Sabah atau sekolah latihan perhutanan
Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40).
DAN

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab membantu Pegawai Hutan Daerah/Negeri dalam melaksanakan tugasan berkaitan aktiviti-aktiviti perhutanan berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan hutan secara sistematik sejajar dengan peraturan dan dasar kerajaan.


CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
12 MEI 2022, jam 11.59 malam




No comments:

Post a Comment