Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2022 | PENGAWAS HUTAN , GRED G11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Wednesday 27 April 2022

Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2022 | PENGAWAS HUTAN , GRED G11

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2022
JABATAN PERHUTANAN SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

Nama Jawatan :
pengawas HUTAN , GRED G11

Bilangan Kekosongan : 22
Tempat Kekosongan :
SANDAKAN (3)
TELUPID (2)
TONGOD (2)
BELURAN (1)
KINABATANGAN (4)
KOTA BELUD (2)
KUNAK (1)
DERMAKOT (3)
SOOK (1)
(KENINGAU (2)
SERUDONG (1)

Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED G11 : RM1,200.00 – RM2,977.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00


SYARAT LANTIKAN :
(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,246.15); atau

(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred G11: RM1,292.30).

DAN

(b) Calon bagi lantikan ke Pengawas Hutan Gred G11 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

(i) Membantu Ketua Pembantu Perhutanan Mukim menguatkuasakan pelaksanaan Enakmen Hutan, mengawasi pencerobohan Hutan Simpan dan Hutan Simpan pulau-pulau Negeri Sabah dan menjalankan rondaan ke kawasan lesen pembalakan.

(ii) Membantu memeriksa dan mengesahkan kawasan permohonan Kawasan pembalakan, menyediakan sempadan kawasan cadangan untuk dikeluarkan lesen membalak membuat rondaan bagi mencegah pencerobohan dan pembalakan haram, menjalankan kerja-kerja menyukat jalan hutan bagi tujuan pembalakan.

(iii) Membantu menyemak kerja-kerja di Balai Pemeriksaan Jabatan Hutan, menyediakan laporan, memeriksa status pendaftaran jentera yang digunakan dalam kawasan lesen pembalakan, menjalankan kerja-kerja pemeriksaan ketetapan maklumat lapangan dalam proses Comprehensice Harvesting Plan, menjalankan kerja-kerja penyeliaan operasi penuaian hutan dan operasi selepas penuaian

(iv) Membantu merekod ukuran balak, pengesahan ukuran kayu bulat, mengesahkan barangan hutan di kilang sebelum dieksport, memantau pemuatan barangan hutan ke atas kapal serta mengawal restorasi dan silviculture hutan.


CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
12 MEI 2022, jam 11.59 malam






No comments:

Post a Comment