Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2023 | PENGAWAL KESELAMATAN, KP11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 17 January 2023

Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2023 | PENGAWAL KESELAMATAN, KP11

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2023
JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

Nama Jawatan :
peNGAWAL KESELAMATAN , GRED KP11

Bilangan Kekosongan :1
Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu

Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji :  GRED KP11:RM1,205.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00


SYARAT LANTIKAN :
SYARAT LANTIKAN

(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00); atau

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurangkurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP11: RM1,205.00).

dan

(b) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut:

(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(vi) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vii)diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

dan

(c) Calon bagi lantikan dengan kelayakan di perenggan 1(a)(i) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
18 JANUARI 2023, jam 11.59 malam



No comments:

Post a Comment