Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2023 | PEMANDU KENDERAAN, GRED H11 - Jawatan Kosong Terkini Negeri Sabah

Terkini

Kerja Kosong Terkini Di Sabah

Tuesday 17 January 2023

Kerja Kosong Kerajaan Sabah 2023 | PEMANDU KENDERAAN, GRED H11

KEKOSONGAN JAWATAN KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2023
JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH

Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kerajaan Negeri Sabah seperti berikut :-

Nama Jawatan :
pemandu kenderaan , GRED h11

Bilangan Kekosongan : 24
Tempat Kekosongan : Seluruh Sabah

Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED H11 : RM1,218.00 – RM2,939.00
Kenaikan Gaji Tahunan : RM 80.00


SYARAT LANTIKAN :
(a) Memiliki kelayakan berikut:

(i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan;

(ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan
ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

 Lesen D : RM1,264.15
 Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
 Lesen F/H : RM1,356.45
 Lesen G/I : RM1,402.60

DAN

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan dan penjagaan kenderaan di bawah kelolaan.


CARA MEMOHON


Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat 


Calon-calon yang mendaftar buat kali pertama secara ONLINE hendaklah memastikan maklumat diisi dengan lengkap. Permohonan yang dikemukakan hendaklah bersesuaian dengan kelayakan akademik seperti yang diiklankan di dashboard calon.

Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan
kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA
18 JANUARI 2023, jam 11.59 malam




No comments:

Post a Comment